Monday, July 21, 2008

EMO vs IMO

Sebenarnya EM (effective microorganism) dan Indegenous Microorganisms (IMO) adalah perkara yang sama tapi ada sedikit perbezaannya. IMO dan EM ini biasanya digunakan sebagai mangkin untuk menghasilkan produk-produk organik seperti baja organik, kompos dan kawalan serangga untuk teknik pertanian natural (Natural Farming).
EM adalah kumpulan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Gabungan bakteria yang berperanan sendiri akhirnya membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada alam ianya memberi faedah yang menakjubkan kepada alam sekitar dan kehidupan. Aplikasi penggunaan khusus bergantung kepada keadaan dan perawatan tertentu. Pengaktifan, penyimpanan dan aplikasi adalah fasa terpenting dalam menentukan keberkesanan penggunaan EM.
IMO merupakan bahan asas untuk menghasilkan Fermented Plant Juice, Fermented Fruit Juice, Fermented Fish Extract dan lain-lain. IMO ini boleh dikumpulkan dengan memeram nasi di dalam tanah atau dibawah rumpun buluh selama 3-5 hari dan kemudian digaul dengan gula merah. Langkah-langkah yang seterusnya akan saya ceritakan pada masa akan datang.Disebalik perbezaan-perbezaan ini, aplikasinya sama sahaja. Allah Maha Pemurah, dia memberikan pada semua bangsa kumpulan bakteria ini untuk kemudahan mereka, bukan pada suatu tempat dan suatu kaum sahaja. Sehinggakan bakteria ini boleh diniagakan atau dihasilkan sendiri di belakang rumah.

MANA LEBIH BERKESAN?
Ada perdebatan tentang yang mana lebih efektif, IMO atau EM. Mungkin isu ini timbul apabila pengguna membandingkan harga EM dengan IMO kerana EM harganya lebih mahal dan IMO adalah lebih murah. Juga faktor kualiti, samada mutu IMO yang dihasilkan sendiri setanding EM yang dibeli atau mutunya berubah-ubah.
EM tulen atau dipanggil EM1 merupakan pada dahulunya dikatakan mahal disebabkan barangan import tetapi kini ia menjadi semakin murah apabila ia dibuat sendiri di sini. Teknik penghasilan EM yang berasal dari Jepun telah menjalani modifikasi untuk kesesuaiannya di Malaysia agar penggunaannya lebih berkesan.
EM ini telah pun digunakan di negara-negara serantau dan seluruh dunia. Ia bukan merupakan produk baru, tetapi teknologi purba yang mendapat nafas baru dalam arena perniagaan dan demi kelestarian pertanian di Malaysia supaya menjurus ke arah pertanian organik. Pembikinan kedua-duanya tidaklah sukar, malah tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Walabagaimanapun, Teknologi EM semakin meningkat maju dan ia amat mudah disediakan jika hendak dibandingkan dengan IMO yang prosesnya begitu panjang.

EM telah diperluaskan penggunaanya pada pelbagai tumbuhan seperti cendawan, padi, jambu, limau, jagung, semaian anak benih, sayur-sayuran, ternakan, dan alam sekitar. Kesannya, hasil lebih berkualiti, produktiviti yang meningkat dan penjimatan dari segi penggunaan baja dan racun kimia.

sumber : impaxbokashi.wordpress.com